Monday, 24 March 2014

Redha itu Ikhlas Pasrah itu Berserah


Redha - menerima dengan rasa tenang tanpa rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan ALLAH kepada kita baik berupa Hukum dan peraturan Qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNYA

Pasrah - mempunyai maksud yang lebih kurang sama dengan redha cuma berbeza, kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.
Terlalu banyak hati yang telah menyakiti.....
hanya sekeping hati mampukah menghadapi...
Redha dan pasrah.. nasihati selalu pada hati...
agar tak kelihatan sebarang kebencian dalam diri....

kadang2 kita selalu bertanya kenapa kita selalu diuji....
jawapannya Allah Maha Penyayang terlalu sayangkan kita...
dan ingatkan bahawa kita ini milikNya...
kerna lumrah manusia...bila ditimpa kesedihan atau musibah baru mengingati Yang Maha Pencipta...
dan itulah yang kita khuatiri akan berterusan sampai bila-bila 
ada yang masih tidak bertemu imam sejati untuk membimbing diri....
ada juga yang masih tercari-cari makmum untuk membina masjidnya sendiri....
ada yang masih berusha melengkapi masjid yang telah didirikan....
ada juga yang masih berusaha memperbanyakkan ummat Nabi kita di dunia akhir zaman...
tapi ingat kita akan sentiasa diuji.... Kerana Allah sayang kita....
pedulikan kata orang yang asyik menyibuk bertanya itu dan ini....
bukan meraka yang berdiri pada 2 kaki ini...
tapi itu adalah kita... hidup kita...
tabah menghadapi dan teruskan berusaha serta berdoa kepada Yang Maha Esa
supaya dipermudahkan Jalan Yang Lurus untuk kita harungi
InsyaAllah
Pesan pada diri.....
wahai diri tabah la menghadapi
bersyukur la pada segala ujian dan dugaan terutamanya pada segumpal hati ini.....
sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambanya yang tidak bersedih dan bersabar dengan perjalanan dan dugaan hidup selagi mereka berada pada jalan yang lurus....
InsyaAllah....
wallahualam.....

No comments:

Post a Comment